Wednesday, December 14, 2016

SAHABAT :)


OUTING 


DINNER PERAKAUNAN


POKOK SAKURA


BFF FOREVER :)

Hi,inilah kawan yang sentiasa susah senang bersama waktu di matrik. sorang tak tidur semua teman. lepak surau sampai malam buta sebab nak study. selalu mandi sama sama. nak pergi makan pun tak pernah lah semua ni tak ada. balik je kelas daripada tangga dah jerit sebab banyak sangat cerita yang nak cerita. selalu je lepak. even lepak results semua gempak ni. hmm hahhaaa lonely pun sama sama. sorang ada masalah semua nak jadi kaunselor. makan maggi,basuh pinggan sama sama. sangat tak bole lupa. semuanya sekepala.  Study week seminggu memang fully belajar sesama. sorang cakap nak tidur semua tidur. nanti bangun semua saing. Alhamdulillah kita semua berjaya teruskan pengajian ke ijazah guys. hmm sangat rindu. Kalau boleh putarkan masa. dah lama nak balik ke matrik. tapi walaupun ada kawan baru, kawan lama sangat taklupa, Belajar manghargai kawan yang ada waktu susah senang. saya harap hubungan kita berkekalan sehingga akhir hayat guys. ada masa kita lepak mcm dulu lagi dengan izin Allah kita mesti akan jumpa :( semoga semuanya berjaya selalu. I MISS,LOVE YOU GUYS :))

KAJIAN MIKROEKONOMI


VIDEO KAJIAN


Kami sekumpulan buat kajian ni di PASAR TANI JENARIS,KAJANG.Kiteorang semua kena buat kajian mengenai perletakan harga ikan kembung,ikan mahal dan ayam.Kumpulan kami buat di pasar tani. ada juga kumpulan lain yang buat di pasar malam dan sebagainya. Kami kena buat kajian selama 7 minggu untuk dapatkan maklumat. pada mulanya untuk mengambil hati penjual. kami belikan buah tangan untuk mereka. Hasil daripada kajian ni kami perlu mengira keanjalan bagi kan dan ayam dan bentang kan di kuliah. setiap set akan menpunyai wakil untuk berlawan dengan set yang lain. Dan kami buat program Karnival Mikroekonomi. Dalan karnival tu ada forum daripada KPDNKK dan pertandingan video antara set dan pembentangan wakil set. Kajian ini mengajar saya untuk berhubung dengan masyarakat dan mengetahui dunia luar dengan lebih matang. Terima kasih pensyarah, ibu bapa dan kawan kawan yang beri kerjasama :))

HOLIDAY

FAMILY


Hello everyone ! nama tempat ni WONDERLAND MELAKA. masa mandi memang seronok. Tapi lepas mandi sayang boleh pula tertinggal beg dekat changing room. hahaha beg baju ! Dah lah beg baru tau plus ada baju seluar yang saya suka. biasalah kita pergi jalan kan mesti bawak baju yang kita suka, sekali boleh pulak tertinggal. Bukan rezeki kita kan :( dekat wonderland ni bestlah. theme park dia pun boleh tahan adventure. dia punya yuran nk masuk pun taklah mahal sangat. mash mampu lah. hahaha pelampung pun kita sewa je tak mahal sangat. dalam gambar tu kakak saya tida sebab tukang tangkap gambar. hahaha so takdapat masuk dalam gambar. :) saya harap lepas ayah saya sembuh saya dapat pergi bercuti dengan keluarga lebih jauh lagi. Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan. :))


FLOORMATES.


SAYANG SAYANG  


Hello, semuanya floormates saya masa dekat matrik melaka dulu. blok A2, aras 2, wing A. kiteorng semua sangat bersatu sebab selalu lepak sama sama. makan sama sama. kadang kadang baca yasin sama sama. Alhamdulillah semuanya berjaya teruskan pengajian ke peringkat ijazah. Alhamdulillah ukhuwah pun masih kekal.Harap nanti semua kahwin kena jemput walaupun bertahun lagi. hahhaha kebanyakan semuanya sebaya sebab semuanya pengajian satu tahun, 4 orang je akaun dekat dalam gambar tu. Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik baik. :))


Tuesday, December 13, 2016

EXTREME-C


KELAB EXTREME-C ( ESPRIT DE CORP)


JANDA BAIK,PAHANG

Assalamualaikum, sekarang dekat Kolej Ungku Omar sata join kelas EXTREME-C ni sebab saya memang suka aktiviti lasak. And semasa saya join pernah lah pergi Janda Baik,Pahang  camping dekat sana 2 hari 1 malam. Seronok sebab boleh rapat senior. and belajar lah masak guna kayu api. dapat lagi kawan baru. Mandi air terjun bersama sama. Dan kebanyakan nya kita orang main macam sukaneka sebab kawasan yang dibenarkan oleh kami untuk guna kecik. Jadi tak dapat nak buat banyak aktiviti. Malam tu kita buat aktiviti "Jujur Itu Indah" bestlah sebab bukan senang nak jujurkan. hahaah lepastu buat Camp fire. sebab dekat sana memang sejuk sangat sangat. memang menggigil lah. lepas pergi janda baik. Kelab ni ada buat aktiviti extreme race dengan malam tu buat bbq tapi benda ni buat di kolej sahaja.  :)) Nak masuk kelab ni pun kene interview tau. sebab terlalu ramai yang nak masuk. and Alhamdulillah saya dapat :)

ROOMATES .




Hello, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Dan sangat rindu mereka. bukan senang nak dapat roomates baik mcm diaorang. daripada kiri nama dia Amirah Hafzan Binti Ismail sekarang belajar dekat UITM Palam kos sains apa. lupa :) lepastu yang baju oren tu nama dia Nurul Syamila Bini Mahfar sekarang dekat UPM kos pengajian bahasa melayu. dialah yang dulu paling rapat. sebab dulu kami dua orang Akaun. hmm semua perkara buat berdua. Yang cina tu nama dia Lim Ke Ying sekarang dekat USM kos perubatan. dia memang gigih sangat nak perubatan. and dia dapat apa dia. dulu masa dekat bilik dia paling penakut dan paling alergic segala perkara. hahaha Bulan puasa pun dia join puasa tau! Subuh pun dia tolong kejut. lepastu yang last tu sayalah :)  Kertas dekat pintu tu jadual belajar kitaorang wktu minggu exam. sangat teratur hidup di matrikulasi. sangat best ! :))


A2P5 :)

  
THROWBACK ! 


JUARA ACCOUNTING RACE


DINNER PERAKAUNAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Dari kiri ( shahira, salwa, alissa, farah, nafiza, amira, saya, aida, iffa(penolong), qistina, shahkirah(tiada dalam gambar), ros, sahana, nages(tiada dalam gambar), LELAKI (mustakim, afiq(ketua praktikum), haziq, ibrahim.)


Hi, ini classmates saya waktu di matrik selama setahun bersama. kena marah,kena caci semua nya sama sama. Alhamdulillah semuanyaa baik baik belaka. Gaduh sikit tu perkara biasa. Lelaki memang 4 orang je. lelaki dekat matrik memang sgt kesian. hahaha ok ! pernah juga kelas ni kena tegur dengan pensyarah sebab katanya ahli kelasnya berpuak. mungkin ada :)) haha ketua praktikumnya afiq namanyaa, dan sangat suka ponteng kelas. kiteorang panggil kelas tu praktikum Hahaha dan penolong nya iffa yang sangat suka berniagaa. saya berkawan dengan orang terengganu masa di matrik. boleh lah belajar ckp terengganu sikit sikit. walaupun dulu ada gaduhnya tapi sekarang tetap rindu sebab life universiti sangat beza dengan life dekat matrik yang sangat seronok. !