Wednesday, December 14, 2016

SAHABAT :)


OUTING 


DINNER PERAKAUNAN


POKOK SAKURA


BFF FOREVER :)

Hi,inilah kawan yang sentiasa susah senang bersama waktu di matrik. sorang tak tidur semua teman. lepak surau sampai malam buta sebab nak study. selalu mandi sama sama. nak pergi makan pun tak pernah lah semua ni tak ada. balik je kelas daripada tangga dah jerit sebab banyak sangat cerita yang nak cerita. selalu je lepak. even lepak results semua gempak ni. hmm hahhaaa lonely pun sama sama. sorang ada masalah semua nak jadi kaunselor. makan maggi,basuh pinggan sama sama. sangat tak bole lupa. semuanya sekepala.  Study week seminggu memang fully belajar sesama. sorang cakap nak tidur semua tidur. nanti bangun semua saing. Alhamdulillah kita semua berjaya teruskan pengajian ke ijazah guys. hmm sangat rindu. Kalau boleh putarkan masa. dah lama nak balik ke matrik. tapi walaupun ada kawan baru, kawan lama sangat taklupa, Belajar manghargai kawan yang ada waktu susah senang. saya harap hubungan kita berkekalan sehingga akhir hayat guys. ada masa kita lepak mcm dulu lagi dengan izin Allah kita mesti akan jumpa :( semoga semuanya berjaya selalu. I MISS,LOVE YOU GUYS :))

KAJIAN MIKROEKONOMI


VIDEO KAJIAN


Kami sekumpulan buat kajian ni di PASAR TANI JENARIS,KAJANG.Kiteorang semua kena buat kajian mengenai perletakan harga ikan kembung,ikan mahal dan ayam.Kumpulan kami buat di pasar tani. ada juga kumpulan lain yang buat di pasar malam dan sebagainya. Kami kena buat kajian selama 7 minggu untuk dapatkan maklumat. pada mulanya untuk mengambil hati penjual. kami belikan buah tangan untuk mereka. Hasil daripada kajian ni kami perlu mengira keanjalan bagi kan dan ayam dan bentang kan di kuliah. setiap set akan menpunyai wakil untuk berlawan dengan set yang lain. Dan kami buat program Karnival Mikroekonomi. Dalan karnival tu ada forum daripada KPDNKK dan pertandingan video antara set dan pembentangan wakil set. Kajian ini mengajar saya untuk berhubung dengan masyarakat dan mengetahui dunia luar dengan lebih matang. Terima kasih pensyarah, ibu bapa dan kawan kawan yang beri kerjasama :))

HOLIDAY

FAMILY


Hello everyone ! nama tempat ni WONDERLAND MELAKA. masa mandi memang seronok. Tapi lepas mandi sayang boleh pula tertinggal beg dekat changing room. hahaha beg baju ! Dah lah beg baru tau plus ada baju seluar yang saya suka. biasalah kita pergi jalan kan mesti bawak baju yang kita suka, sekali boleh pulak tertinggal. Bukan rezeki kita kan :( dekat wonderland ni bestlah. theme park dia pun boleh tahan adventure. dia punya yuran nk masuk pun taklah mahal sangat. mash mampu lah. hahaha pelampung pun kita sewa je tak mahal sangat. dalam gambar tu kakak saya tida sebab tukang tangkap gambar. hahaha so takdapat masuk dalam gambar. :) saya harap lepas ayah saya sembuh saya dapat pergi bercuti dengan keluarga lebih jauh lagi. Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan. :))


FLOORMATES.


SAYANG SAYANG  


Hello, semuanya floormates saya masa dekat matrik melaka dulu. blok A2, aras 2, wing A. kiteorng semua sangat bersatu sebab selalu lepak sama sama. makan sama sama. kadang kadang baca yasin sama sama. Alhamdulillah semuanya berjaya teruskan pengajian ke peringkat ijazah. Alhamdulillah ukhuwah pun masih kekal.Harap nanti semua kahwin kena jemput walaupun bertahun lagi. hahhaha kebanyakan semuanya sebaya sebab semuanya pengajian satu tahun, 4 orang je akaun dekat dalam gambar tu. Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik baik. :))


Tuesday, December 13, 2016

EXTREME-C


KELAB EXTREME-C ( ESPRIT DE CORP)


JANDA BAIK,PAHANG

Assalamualaikum, sekarang dekat Kolej Ungku Omar sata join kelas EXTREME-C ni sebab saya memang suka aktiviti lasak. And semasa saya join pernah lah pergi Janda Baik,Pahang  camping dekat sana 2 hari 1 malam. Seronok sebab boleh rapat senior. and belajar lah masak guna kayu api. dapat lagi kawan baru. Mandi air terjun bersama sama. Dan kebanyakan nya kita orang main macam sukaneka sebab kawasan yang dibenarkan oleh kami untuk guna kecik. Jadi tak dapat nak buat banyak aktiviti. Malam tu kita buat aktiviti "Jujur Itu Indah" bestlah sebab bukan senang nak jujurkan. hahaah lepastu buat Camp fire. sebab dekat sana memang sejuk sangat sangat. memang menggigil lah. lepas pergi janda baik. Kelab ni ada buat aktiviti extreme race dengan malam tu buat bbq tapi benda ni buat di kolej sahaja.  :)) Nak masuk kelab ni pun kene interview tau. sebab terlalu ramai yang nak masuk. and Alhamdulillah saya dapat :)

ROOMATES .




Hello, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Dan sangat rindu mereka. bukan senang nak dapat roomates baik mcm diaorang. daripada kiri nama dia Amirah Hafzan Binti Ismail sekarang belajar dekat UITM Palam kos sains apa. lupa :) lepastu yang baju oren tu nama dia Nurul Syamila Bini Mahfar sekarang dekat UPM kos pengajian bahasa melayu. dialah yang dulu paling rapat. sebab dulu kami dua orang Akaun. hmm semua perkara buat berdua. Yang cina tu nama dia Lim Ke Ying sekarang dekat USM kos perubatan. dia memang gigih sangat nak perubatan. and dia dapat apa dia. dulu masa dekat bilik dia paling penakut dan paling alergic segala perkara. hahaha Bulan puasa pun dia join puasa tau! Subuh pun dia tolong kejut. lepastu yang last tu sayalah :)  Kertas dekat pintu tu jadual belajar kitaorang wktu minggu exam. sangat teratur hidup di matrikulasi. sangat best ! :))


A2P5 :)

  
THROWBACK ! 


JUARA ACCOUNTING RACE


DINNER PERAKAUNAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Dari kiri ( shahira, salwa, alissa, farah, nafiza, amira, saya, aida, iffa(penolong), qistina, shahkirah(tiada dalam gambar), ros, sahana, nages(tiada dalam gambar), LELAKI (mustakim, afiq(ketua praktikum), haziq, ibrahim.)


Hi, ini classmates saya waktu di matrik selama setahun bersama. kena marah,kena caci semua nya sama sama. Alhamdulillah semuanyaa baik baik belaka. Gaduh sikit tu perkara biasa. Lelaki memang 4 orang je. lelaki dekat matrik memang sgt kesian. hahaha ok ! pernah juga kelas ni kena tegur dengan pensyarah sebab katanya ahli kelasnya berpuak. mungkin ada :)) haha ketua praktikumnya afiq namanyaa, dan sangat suka ponteng kelas. kiteorang panggil kelas tu praktikum Hahaha dan penolong nya iffa yang sangat suka berniagaa. saya berkawan dengan orang terengganu masa di matrik. boleh lah belajar ckp terengganu sikit sikit. walaupun dulu ada gaduhnya tapi sekarang tetap rindu sebab life universiti sangat beza dengan life dekat matrik yang sangat seronok. !

GIATMARA!





Hi, rindu masa belajar menjahit dekat giatmara. dalam masa seminggu kami dapat siapkan sepasang baju kurung. baru tahu betapa susahnya jahit baju. Alang alang sekarang amik kos bisnes. lepasni boleh lah cuba buat bisnes sendiri. Bukak kedai jahitan. Seorang tukang jahit memang dapat banyak untung. Sebab mak saya sendiri seorang tukang jahit. Ini throwback je. gambar dah lama :)) masa zaman sekolah. Tapi pengalaman lah mengajar kita lebih dewasa. Ambil pengalaman baru kita dapat rasa apa orang lain rasa :)


THROWBACK !


ANUGERAH KECEMERLANGAN


SESI BERGAMBAR

Hi, rasa banga sangat dengan diri sendiri bila dapat anugerah kecemerlangan tu ! sebab pertama kali kot dapat anugerah macam tu. sebelum ni PMR,SPM semua biasa biasa je. And sangat tak sangka masa dekat matrik boleh perform. masa UPS sem 1 dapat 3.75 and rasa down sangat. and rasa boleh dapat lagi baik. Dan akhirnya semasa final sem 1 dapat 4.00. menangis depan papan maklumat tu juga. sebab terharu sangat. bagitahu parents pun nangis. hahaaha  dan sebelum masuk matrik mak ayah sangat tak percaya saya boleh buat sebab saya ni banyak main berbanding kakak saya. jadi saya jadikan kakak saya idola dan nak sangat jadi macam dia. Akhirnya dapat! lepastu Alhamdulillah dapat ikut jejak langkah dia dapat juga masuk UKM. Bukan senang nak masuk UKM. and bersyukurlah ! semua orang cakap matrik susah. pada saya biasa je kalau kita rajin dan sangat sangat jangan tunda kerja waktu di matrik. akan rasa terbeban sangat. dan saya rasa seronok sangat belajar di matrik. setahun yang sangat bermakna buat saya. tambahan pula, kalau di matrik takperlu nak berhutang dengan PTPTN. guna elaun sahaja !  Terima Kasih pensyarah,kawan kawan, ibu bapa sebab selalu support ! :))

5 AKAUN 1


5 AKAUN 1


Kawan baik since darjah 3 and still counting.

Hi, kenangan semasa tingkatan 5 pergi rombongan pergi ke kilang gardenia dan icity. pertama kali masuk kilang masa kilang gardenia tu. dan baru je masuk pintu kilang tu. bau roti diaa memang kuat sangat sangat.  and confirm lah sedap kan. and bestlah tengok cara dia buat. semua guna kan mesin. operator cuma jaga tepi mesin sahaja. lepastu masa kiteorg nak balik dia bagi kiteorg goodies sorang satu and dalam dia ada sebuku roti butterscotch. memang favourite lah kan. selalu nak beli mahal. ni dapat free! lepas daripada pergi kilang gardenia, kiteorang pergi icity. and main macam macam lah dengan kawan kan. so bebas lah sikit. hahahaha rindulah zaman sekolah, sangat seronok. dan rindu sebab masa ni zaman kurus sikit. hahaha I MISS THIS MOMENT :)

SUKARELAWAN SUKEM :)

Hello, 

 Masatu jadi sukarelawan majlis penutupan SUKEM under citra pengurusan acara. kena handle perbarisan semua kolej. Best tu memang best tapi dalam hidup perkara paling susah ialah handle orang. jadi memang susah jugalah nak kene handle orang yang masuk dalam perbarisan suruh beratur. walaupun semua dah besar. tapi tetap susah juga. Kalau nak dpt banyak experience masuklah citra pengurusan acara dapat banyak pengalaman atur orang.  pernah juga jadi sukarelawan dalam program larian MPKJ. masa tu buat dekat Taman Tasik Cempaka. bestlah cuma kerja tunjukkan arah kepada pelari. dapat tengok orang lari mcm mcm gaya. hahahaha 



Urusetia penutupan SUKEM.

KAJIAN PENGANTAR PENGURUSAN

Hi, 


Ini gambar masa buat kajian mengenai kehidupan seorang pengurus dalam subjek pengantar pengurusan. Kumpulan kiteorang buat keputusa untuk temubual seorang pengurus syarikat MS GIGIH ENTREPRISE yang mempunyai kedai di pusanika,UKM. Beliau seorang alumni FEP,UKM.
Dan baru sahaja grad. etapi telah mempunyai bisnes sendiri. Nilai yang di pegang oleh beliau ialah bahagikan sama rata kerja sama ada keluarga atau bukan keluarga. tidak pilih kasih. Dia seorang yang sangat sporting. Dan sangat memahami kajian seorang pelajar. boleh juga jadikan dia seorang idola. hahaha :)

DAFTAR UKM !


Hello :)


Hari pendaftaran di KUO,UKM


Ini gambar masa hari pendaftaran UKM (28.8.2016), terkejut dapat bilik tingkat 4. tu yang muka penat semacam. hahha

Happy anniversary MakAbah yang ke 29 tahun. pada 11.12.1989 sehingga sekarang. Ahamdulillah jadikan sebuah keluarga yang bahagia. Terima kasih jaga kami empat beradik sehingga besar dan berjaya. Didikan mu sangat bermakna. walaupun tahun ini kita tak dapat sambut mcm tahun tahun sebelum ni. Takpe, asalkan hubungan kekeluargaan kita tetap bahagia dan semuanya bersatu. Walau apa pun berlaku dekat abah, niza tetap sayang dan tiada siapa pun boleh ganti keluarga kita. :)

Monday, December 12, 2016

SERIOUSLY RINDU :(


Okay, Kita sambung ...



Buat masa ni abah memang cuma baring dan duduk atas kerusi roda ini sahaja. sebab dua dua kaki kan patah. dan tumit juga pecah. memang tak boleh jalan. Harap abah cepat sembuh dan jadi seperti dulu. Rindu abah yang dulu. yang ceria. selalu masakkan niza kalau niza balik kampung. hm abah muka je garang, tapi tak pernah marah pun dekat anak anak. lagi lagi niza yang manja ni. sekarang ni kalau balik kampung urut abah dah rasa tulang je. sangat kurus. hmm kalau dulu selalu urut pun main main. bergurau senda. hmm rindu sangat ! Kalau ini dugaan Allah berikan, berikan lah hikmah dan kesenangan disebaliknya. hmm :(


PERKAHWINAN CANCEL :(

Hi,

Sebelum ni, family saya ada juga plan nak pergi bercuti. Tapi tak sempat pergi, takpe Abah baik kita boleh pergi. hmm Bulan 1 tahun depan (2017) sepatutnya abang saya kahwin. Dan kad jemputan untuk majlis rumah sebelah saya pun dah siap. Tapi Allah maha mengetahui. dah berlaku mcm ni. Kami sekeluarga tak jadi buat majlis. hanya sebelah perempuan sahaja yang buat. Kad jemputan pun simpan jelahh. Kami plan cuma buat kenduri sekali dengan waktu ayah saya dah sihat nanti. Mak saya sedih sebab. adik beradik memang ada seorang sahaja lelaki. tapi tak dapat buat sesuatu yang terbaik untuk dia. Ayah saya pun sekarang asyik nangis sahaja. setiap kali saya balik kampung dia akan menangis. hmm :( 


Gambar waktu majlis pertunangan abang saya.

KONVOKESYEN.


Assalamualaikum :)

Ayah saya kemalangan semasa 23.10. padahal masa tu dekat dengan hari konvokesyen kakak saya iaitu pada 5.11 di UKM. sangat sedih sebab parents x dapat datang waktu konvo. walaupun bukan saya yang konvo. tapi saya memahami. Ibu bapa saya sendiri asyik nangis. Jadi yang pergi cuma saya dan kakak saya yang sulung dengan keluarganya. Kebetulan kakak saya dapat sesi Canselor dan dapat Anugerah Canselor. Alhamdulillah. Kakak saya bekas pelajar UKM, FEP kos Perakaunan. Walaupun sedih. tapi kejayaan dia buat mak ayah saya gembira :)







saya yang depan sekali, dan paling bongsu. yang tengah yang sulung :)


muka memang sama ! hahaha dia jugaa idola saya.


Mampu bergambar di hospital sahaja :(


Sunday, December 11, 2016

DUGAAN ALLAH :(

Continueeee.. 



Hi,  ini gmbar kecederaan yg dialami.  Kaki kiri kanan masuk arial.  Dan tumit kaki kiri hancur. Sangat menyedihkan.  Sebab ayah saya memang dah berumur dan terpaksa menahan kesakitan.  Dan tidak boleh bekerja lagi. Sebelum ni ayah saya seorang kontraktor.  Nasib lah saya yg palung kecik dh berumur 19 tahun. Yg sulung 28 tahun.  Adik beradik saya semua telah bekerja. Alhamdulillah.  Allah juga sebaik baik perancang.  ðŸ˜¢

SAD STORY.


Assalamualaikum. 



Hi,  gambar ni masa 23.10.2016,7.30am,ahad. sangat menyedihkan bila ayah sendiri mengalami kemalangan. Ayah sy yg menaiki motosikal.  Baru sahaja hantar ibu saya di kedai makcik saya.  Dan sebuah kereta yg hilang kawalan telah melanggar ayah saya yang berada di bahu jalan.  Saya yang tengah tidur terus bangun dengan tak mandi nya pergi je hospital. Dan ayah cedera parah jugalah. Patah kaki kiri kanan.  Dan kakinya berlubang.  Ini semua Allah dah takdirkan.  Kita hanya mampu merancang.  Tuhan yang menentukan 😭😭😭😭😭

FIRST PRESENTATION.

Hello 😊
   
         


Ini gambar masa first presentation kelas aplikasi komputer. Present mengenai aplikasi.  Group kita orang je yang buat mengenai islamik sikit.  Hahahah nak lain daripada yang lain kononnya.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  ðŸ˜ŠðŸ˜Š