Wednesday, December 14, 2016

SAHABAT :)


OUTING 


DINNER PERAKAUNAN


POKOK SAKURA


BFF FOREVER :)

Hi,inilah kawan yang sentiasa susah senang bersama waktu di matrik. sorang tak tidur semua teman. lepak surau sampai malam buta sebab nak study. selalu mandi sama sama. nak pergi makan pun tak pernah lah semua ni tak ada. balik je kelas daripada tangga dah jerit sebab banyak sangat cerita yang nak cerita. selalu je lepak. even lepak results semua gempak ni. hmm hahhaaa lonely pun sama sama. sorang ada masalah semua nak jadi kaunselor. makan maggi,basuh pinggan sama sama. sangat tak bole lupa. semuanya sekepala.  Study week seminggu memang fully belajar sesama. sorang cakap nak tidur semua tidur. nanti bangun semua saing. Alhamdulillah kita semua berjaya teruskan pengajian ke ijazah guys. hmm sangat rindu. Kalau boleh putarkan masa. dah lama nak balik ke matrik. tapi walaupun ada kawan baru, kawan lama sangat taklupa, Belajar manghargai kawan yang ada waktu susah senang. saya harap hubungan kita berkekalan sehingga akhir hayat guys. ada masa kita lepak mcm dulu lagi dengan izin Allah kita mesti akan jumpa :( semoga semuanya berjaya selalu. I MISS,LOVE YOU GUYS :))

KAJIAN MIKROEKONOMI


VIDEO KAJIAN


Kami sekumpulan buat kajian ni di PASAR TANI JENARIS,KAJANG.Kiteorang semua kena buat kajian mengenai perletakan harga ikan kembung,ikan mahal dan ayam.Kumpulan kami buat di pasar tani. ada juga kumpulan lain yang buat di pasar malam dan sebagainya. Kami kena buat kajian selama 7 minggu untuk dapatkan maklumat. pada mulanya untuk mengambil hati penjual. kami belikan buah tangan untuk mereka. Hasil daripada kajian ni kami perlu mengira keanjalan bagi kan dan ayam dan bentang kan di kuliah. setiap set akan menpunyai wakil untuk berlawan dengan set yang lain. Dan kami buat program Karnival Mikroekonomi. Dalan karnival tu ada forum daripada KPDNKK dan pertandingan video antara set dan pembentangan wakil set. Kajian ini mengajar saya untuk berhubung dengan masyarakat dan mengetahui dunia luar dengan lebih matang. Terima kasih pensyarah, ibu bapa dan kawan kawan yang beri kerjasama :))

HOLIDAY

FAMILY


Hello everyone ! nama tempat ni WONDERLAND MELAKA. masa mandi memang seronok. Tapi lepas mandi sayang boleh pula tertinggal beg dekat changing room. hahaha beg baju ! Dah lah beg baru tau plus ada baju seluar yang saya suka. biasalah kita pergi jalan kan mesti bawak baju yang kita suka, sekali boleh pulak tertinggal. Bukan rezeki kita kan :( dekat wonderland ni bestlah. theme park dia pun boleh tahan adventure. dia punya yuran nk masuk pun taklah mahal sangat. mash mampu lah. hahaha pelampung pun kita sewa je tak mahal sangat. dalam gambar tu kakak saya tida sebab tukang tangkap gambar. hahaha so takdapat masuk dalam gambar. :) saya harap lepas ayah saya sembuh saya dapat pergi bercuti dengan keluarga lebih jauh lagi. Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan. :))


FLOORMATES.


SAYANG SAYANG  


Hello, semuanya floormates saya masa dekat matrik melaka dulu. blok A2, aras 2, wing A. kiteorng semua sangat bersatu sebab selalu lepak sama sama. makan sama sama. kadang kadang baca yasin sama sama. Alhamdulillah semuanya berjaya teruskan pengajian ke peringkat ijazah. Alhamdulillah ukhuwah pun masih kekal.Harap nanti semua kahwin kena jemput walaupun bertahun lagi. hahhaha kebanyakan semuanya sebaya sebab semuanya pengajian satu tahun, 4 orang je akaun dekat dalam gambar tu. Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik baik. :))


Tuesday, December 13, 2016

EXTREME-C


KELAB EXTREME-C ( ESPRIT DE CORP)


JANDA BAIK,PAHANG

Assalamualaikum, sekarang dekat Kolej Ungku Omar sata join kelas EXTREME-C ni sebab saya memang suka aktiviti lasak. And semasa saya join pernah lah pergi Janda Baik,Pahang  camping dekat sana 2 hari 1 malam. Seronok sebab boleh rapat senior. and belajar lah masak guna kayu api. dapat lagi kawan baru. Mandi air terjun bersama sama. Dan kebanyakan nya kita orang main macam sukaneka sebab kawasan yang dibenarkan oleh kami untuk guna kecik. Jadi tak dapat nak buat banyak aktiviti. Malam tu kita buat aktiviti "Jujur Itu Indah" bestlah sebab bukan senang nak jujurkan. hahaah lepastu buat Camp fire. sebab dekat sana memang sejuk sangat sangat. memang menggigil lah. lepas pergi janda baik. Kelab ni ada buat aktiviti extreme race dengan malam tu buat bbq tapi benda ni buat di kolej sahaja.  :)) Nak masuk kelab ni pun kene interview tau. sebab terlalu ramai yang nak masuk. and Alhamdulillah saya dapat :)

ROOMATES .




Hello, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Dan sangat rindu mereka. bukan senang nak dapat roomates baik mcm diaorang. daripada kiri nama dia Amirah Hafzan Binti Ismail sekarang belajar dekat UITM Palam kos sains apa. lupa :) lepastu yang baju oren tu nama dia Nurul Syamila Bini Mahfar sekarang dekat UPM kos pengajian bahasa melayu. dialah yang dulu paling rapat. sebab dulu kami dua orang Akaun. hmm semua perkara buat berdua. Yang cina tu nama dia Lim Ke Ying sekarang dekat USM kos perubatan. dia memang gigih sangat nak perubatan. and dia dapat apa dia. dulu masa dekat bilik dia paling penakut dan paling alergic segala perkara. hahaha Bulan puasa pun dia join puasa tau! Subuh pun dia tolong kejut. lepastu yang last tu sayalah :)  Kertas dekat pintu tu jadual belajar kitaorang wktu minggu exam. sangat teratur hidup di matrikulasi. sangat best ! :))


A2P5 :)

  
THROWBACK ! 


JUARA ACCOUNTING RACE


DINNER PERAKAUNAN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Dari kiri ( shahira, salwa, alissa, farah, nafiza, amira, saya, aida, iffa(penolong), qistina, shahkirah(tiada dalam gambar), ros, sahana, nages(tiada dalam gambar), LELAKI (mustakim, afiq(ketua praktikum), haziq, ibrahim.)


Hi, ini classmates saya waktu di matrik selama setahun bersama. kena marah,kena caci semua nya sama sama. Alhamdulillah semuanyaa baik baik belaka. Gaduh sikit tu perkara biasa. Lelaki memang 4 orang je. lelaki dekat matrik memang sgt kesian. hahaha ok ! pernah juga kelas ni kena tegur dengan pensyarah sebab katanya ahli kelasnya berpuak. mungkin ada :)) haha ketua praktikumnya afiq namanyaa, dan sangat suka ponteng kelas. kiteorang panggil kelas tu praktikum Hahaha dan penolong nya iffa yang sangat suka berniagaa. saya berkawan dengan orang terengganu masa di matrik. boleh lah belajar ckp terengganu sikit sikit. walaupun dulu ada gaduhnya tapi sekarang tetap rindu sebab life universiti sangat beza dengan life dekat matrik yang sangat seronok. !

GIATMARA!





Hi, rindu masa belajar menjahit dekat giatmara. dalam masa seminggu kami dapat siapkan sepasang baju kurung. baru tahu betapa susahnya jahit baju. Alang alang sekarang amik kos bisnes. lepasni boleh lah cuba buat bisnes sendiri. Bukak kedai jahitan. Seorang tukang jahit memang dapat banyak untung. Sebab mak saya sendiri seorang tukang jahit. Ini throwback je. gambar dah lama :)) masa zaman sekolah. Tapi pengalaman lah mengajar kita lebih dewasa. Ambil pengalaman baru kita dapat rasa apa orang lain rasa :)


THROWBACK !


ANUGERAH KECEMERLANGAN


SESI BERGAMBAR

Hi, rasa banga sangat dengan diri sendiri bila dapat anugerah kecemerlangan tu ! sebab pertama kali kot dapat anugerah macam tu. sebelum ni PMR,SPM semua biasa biasa je. And sangat tak sangka masa dekat matrik boleh perform. masa UPS sem 1 dapat 3.75 and rasa down sangat. and rasa boleh dapat lagi baik. Dan akhirnya semasa final sem 1 dapat 4.00. menangis depan papan maklumat tu juga. sebab terharu sangat. bagitahu parents pun nangis. hahaaha  dan sebelum masuk matrik mak ayah sangat tak percaya saya boleh buat sebab saya ni banyak main berbanding kakak saya. jadi saya jadikan kakak saya idola dan nak sangat jadi macam dia. Akhirnya dapat! lepastu Alhamdulillah dapat ikut jejak langkah dia dapat juga masuk UKM. Bukan senang nak masuk UKM. and bersyukurlah ! semua orang cakap matrik susah. pada saya biasa je kalau kita rajin dan sangat sangat jangan tunda kerja waktu di matrik. akan rasa terbeban sangat. dan saya rasa seronok sangat belajar di matrik. setahun yang sangat bermakna buat saya. tambahan pula, kalau di matrik takperlu nak berhutang dengan PTPTN. guna elaun sahaja !  Terima Kasih pensyarah,kawan kawan, ibu bapa sebab selalu support ! :))

5 AKAUN 1


5 AKAUN 1


Kawan baik since darjah 3 and still counting.

Hi, kenangan semasa tingkatan 5 pergi rombongan pergi ke kilang gardenia dan icity. pertama kali masuk kilang masa kilang gardenia tu. dan baru je masuk pintu kilang tu. bau roti diaa memang kuat sangat sangat.  and confirm lah sedap kan. and bestlah tengok cara dia buat. semua guna kan mesin. operator cuma jaga tepi mesin sahaja. lepastu masa kiteorg nak balik dia bagi kiteorg goodies sorang satu and dalam dia ada sebuku roti butterscotch. memang favourite lah kan. selalu nak beli mahal. ni dapat free! lepas daripada pergi kilang gardenia, kiteorang pergi icity. and main macam macam lah dengan kawan kan. so bebas lah sikit. hahahaha rindulah zaman sekolah, sangat seronok. dan rindu sebab masa ni zaman kurus sikit. hahaha I MISS THIS MOMENT :)

SUKARELAWAN SUKEM :)

Hello, 

 Masatu jadi sukarelawan majlis penutupan SUKEM under citra pengurusan acara. kena handle perbarisan semua kolej. Best tu memang best tapi dalam hidup perkara paling susah ialah handle orang. jadi memang susah jugalah nak kene handle orang yang masuk dalam perbarisan suruh beratur. walaupun semua dah besar. tapi tetap susah juga. Kalau nak dpt banyak experience masuklah citra pengurusan acara dapat banyak pengalaman atur orang.  pernah juga jadi sukarelawan dalam program larian MPKJ. masa tu buat dekat Taman Tasik Cempaka. bestlah cuma kerja tunjukkan arah kepada pelari. dapat tengok orang lari mcm mcm gaya. hahahaha 



Urusetia penutupan SUKEM.

KAJIAN PENGANTAR PENGURUSAN

Hi, 


Ini gambar masa buat kajian mengenai kehidupan seorang pengurus dalam subjek pengantar pengurusan. Kumpulan kiteorang buat keputusa untuk temubual seorang pengurus syarikat MS GIGIH ENTREPRISE yang mempunyai kedai di pusanika,UKM. Beliau seorang alumni FEP,UKM.
Dan baru sahaja grad. etapi telah mempunyai bisnes sendiri. Nilai yang di pegang oleh beliau ialah bahagikan sama rata kerja sama ada keluarga atau bukan keluarga. tidak pilih kasih. Dia seorang yang sangat sporting. Dan sangat memahami kajian seorang pelajar. boleh juga jadikan dia seorang idola. hahaha :)

DAFTAR UKM !


Hello :)


Hari pendaftaran di KUO,UKM


Ini gambar masa hari pendaftaran UKM (28.8.2016), terkejut dapat bilik tingkat 4. tu yang muka penat semacam. hahha

Happy anniversary MakAbah yang ke 29 tahun. pada 11.12.1989 sehingga sekarang. Ahamdulillah jadikan sebuah keluarga yang bahagia. Terima kasih jaga kami empat beradik sehingga besar dan berjaya. Didikan mu sangat bermakna. walaupun tahun ini kita tak dapat sambut mcm tahun tahun sebelum ni. Takpe, asalkan hubungan kekeluargaan kita tetap bahagia dan semuanya bersatu. Walau apa pun berlaku dekat abah, niza tetap sayang dan tiada siapa pun boleh ganti keluarga kita. :)

Monday, December 12, 2016

SERIOUSLY RINDU :(


Okay, Kita sambung ...



Buat masa ni abah memang cuma baring dan duduk atas kerusi roda ini sahaja. sebab dua dua kaki kan patah. dan tumit juga pecah. memang tak boleh jalan. Harap abah cepat sembuh dan jadi seperti dulu. Rindu abah yang dulu. yang ceria. selalu masakkan niza kalau niza balik kampung. hm abah muka je garang, tapi tak pernah marah pun dekat anak anak. lagi lagi niza yang manja ni. sekarang ni kalau balik kampung urut abah dah rasa tulang je. sangat kurus. hmm kalau dulu selalu urut pun main main. bergurau senda. hmm rindu sangat ! Kalau ini dugaan Allah berikan, berikan lah hikmah dan kesenangan disebaliknya. hmm :(


PERKAHWINAN CANCEL :(

Hi,

Sebelum ni, family saya ada juga plan nak pergi bercuti. Tapi tak sempat pergi, takpe Abah baik kita boleh pergi. hmm Bulan 1 tahun depan (2017) sepatutnya abang saya kahwin. Dan kad jemputan untuk majlis rumah sebelah saya pun dah siap. Tapi Allah maha mengetahui. dah berlaku mcm ni. Kami sekeluarga tak jadi buat majlis. hanya sebelah perempuan sahaja yang buat. Kad jemputan pun simpan jelahh. Kami plan cuma buat kenduri sekali dengan waktu ayah saya dah sihat nanti. Mak saya sedih sebab. adik beradik memang ada seorang sahaja lelaki. tapi tak dapat buat sesuatu yang terbaik untuk dia. Ayah saya pun sekarang asyik nangis sahaja. setiap kali saya balik kampung dia akan menangis. hmm :( 


Gambar waktu majlis pertunangan abang saya.

KONVOKESYEN.


Assalamualaikum :)

Ayah saya kemalangan semasa 23.10. padahal masa tu dekat dengan hari konvokesyen kakak saya iaitu pada 5.11 di UKM. sangat sedih sebab parents x dapat datang waktu konvo. walaupun bukan saya yang konvo. tapi saya memahami. Ibu bapa saya sendiri asyik nangis. Jadi yang pergi cuma saya dan kakak saya yang sulung dengan keluarganya. Kebetulan kakak saya dapat sesi Canselor dan dapat Anugerah Canselor. Alhamdulillah. Kakak saya bekas pelajar UKM, FEP kos Perakaunan. Walaupun sedih. tapi kejayaan dia buat mak ayah saya gembira :)







saya yang depan sekali, dan paling bongsu. yang tengah yang sulung :)


muka memang sama ! hahaha dia jugaa idola saya.


Mampu bergambar di hospital sahaja :(


Sunday, December 11, 2016

DUGAAN ALLAH :(

Continueeee.. 



Hi,  ini gmbar kecederaan yg dialami.  Kaki kiri kanan masuk arial.  Dan tumit kaki kiri hancur. Sangat menyedihkan.  Sebab ayah saya memang dah berumur dan terpaksa menahan kesakitan.  Dan tidak boleh bekerja lagi. Sebelum ni ayah saya seorang kontraktor.  Nasib lah saya yg palung kecik dh berumur 19 tahun. Yg sulung 28 tahun.  Adik beradik saya semua telah bekerja. Alhamdulillah.  Allah juga sebaik baik perancang.  😢

SAD STORY.


Assalamualaikum. 



Hi,  gambar ni masa 23.10.2016,7.30am,ahad. sangat menyedihkan bila ayah sendiri mengalami kemalangan. Ayah sy yg menaiki motosikal.  Baru sahaja hantar ibu saya di kedai makcik saya.  Dan sebuah kereta yg hilang kawalan telah melanggar ayah saya yang berada di bahu jalan.  Saya yang tengah tidur terus bangun dengan tak mandi nya pergi je hospital. Dan ayah cedera parah jugalah. Patah kaki kiri kanan.  Dan kakinya berlubang.  Ini semua Allah dah takdirkan.  Kita hanya mampu merancang.  Tuhan yang menentukan 😭😭😭😭😭

FIRST PRESENTATION.

Hello 😊
   
         


Ini gambar masa first presentation kelas aplikasi komputer. Present mengenai aplikasi.  Group kita orang je yang buat mengenai islamik sikit.  Hahahah nak lain daripada yang lain kononnya.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  😊😊


Sunday, November 13, 2016

REPORT !



REPORT


Assalamualaikum
Haritu dekat kelas kita orang belajar Access. So,hasil pembelajaran tu ini yang kiteorang dapat buat. Selama ni takpernah tahu pun apa function Access ni. And now! tahu dahh. Thank you Dr :)) 

KEMPEN KESELAMATAN. (PIKTOGRAF)


Hi everyone!
Marilah beramai ramai join kempen keselamatan ni. Seriusly best! And free je. ada belajar seni pertahan kan diri lagi tauu. Ada booth daripada JPJ. So siapa yang pernah kena saman tu boleh lah bayar time ni. Mana tahu dapat diskaun.  hahaha Kita orang juga akan buat latihan kebakaran! jomlah sama sama jadikan pengalaman. 
Saya buat kempen ni sebab saya daripada sekretariat Keselamatan. Sektretariat ni sangat awesome ok! sangat sporting. hahahaha 
That's all :)) Thank You.

Friday, October 14, 2016

VACATION 💕

Hello guys! 

Cuma kenangan 😂 Kali ni.  Kawan sekolah pulaaa.  Walaupun masing masing dah ada haluan masing masing yang pergi diploma, asasi, stpm, swasta, matrik tapi kita masih bersatu.  Walaupun susah nak ada semua!  Kira vacation lah walaupun cuma sehari.  Tapi dari pagi sampai malam.  Collect duit sewa kereta.  Sebab semuaa muda lagi.  Tak ada kereta.  Hahahah tapi effort tu ada 💞 pergi melaka je.  Belum mampu jauh jauh.  Walaupun dah ramai kawan baru.  Kawan lama masih dihati.  Balik kampung, tak sah kalau tak jumpa.  Hahaha sekarang semuaa dah 19 tahun!  Kitaa tengok k.  Antara kitaa siapa kahwin dulu.  Hahahaha  goodluck in our future guys!  #airdicincangtakkanputus #daragetaway #malacca #tmj'shood #gadisjohor 

Rumah terbalik, melaka

Baju pun sama tau!  Hahahaha

💕💞💞💕


And kita orang pun rajin main futsal sama sama.  Baru bonding!  Hahahaha 👏

Masa mudalah nak cipta kenangan 😍




BIRTHDAY PARTY :))


Hi,  Assalamualaikum!
 
       Harini nak throwback sikit.  Hmmm gambar ni masa dekat matrik melaka dulu.  Dia orang semuaa buat surprise celebrate birthday sayaaa!  19 JANUARI.  Tak sangka jugaa dia orang buat mcm ni.  Seriously rindu sangat sangat.  Life dekat ukm jauh beza dengan matrik.  Lifee dekat matrikkk best walaupun pack!  Bukan senang nak cari kawan mcm dia orang semua ni.  Tak ada Pengganti guyss 😂😂😂 ok!  Takbole cerita lebih lebih nanti menangis pulaa.  Hahahahahahaha ok bai 👋🙋 Have a nice day!

                                                             Blok A2,Aras 2,Bilik5

Wednesday, October 5, 2016

FIRST DAY !

Assalamualaikum :)


       Hi ! Harini kita sambung bercerita okay. Saya nak cerita pasal masa hari pertama datang UKM ni. Masa hari nak daftar tu lah kan. Masa daftar dekat fakulti tu akak saya ikut. Kebetulan Akak saya ni ex-student FEP . So memang kenal ramai lecturer kan. Saya yang malu. hahahaha ok! Lepastu daftar dekat kolej pulak. Bila dah daftar tu sedih tengok bila dapat aras 4! Hello memang lah saya nak kurus. tapi taknak duduk aras 4. hahahah Tapi nak buat macam mana kan. kita kena redha. Masetu angkat lah barang apa semuaa. Bila masuk bilik tengok belum ada roomate. So, saya fikir roomate daftar lambat ! Tapi bila dah makin petang tu saya tunggu macam tak ada je orang yang nak masuk bilik saya ni. Saya dah syak yang akan duduk sorang. Saya tak takut sebab dah pernah duduk asrama kan. So, saya acah acah cool je masa tu. hahaha lepastu saya dah mula orientasi! Malam pertama tu sedih lah jugaaaa sebab bilaa nak tidur tu ternampak tikus dalam bilik. Dan dia berlari lari macam dekat playground ! hahaha Saya buat buat berani je waktu tu. Dan ambil keputusan untuk tidur dengan tidak tutup lampu. Tikus pun dah tak datang bila saya buka lampu. lepastu esoknyaa saya tinggalkan makanan atas meja, lepastu tikus tu makan dan sampahnyaa bersepah sepah. Dahlah takada roomate, tahu tahu tinggal dengan tikus ! hahah Bila cakap dengan akak fasi, akak tu cakap aras 4 memang rumah dia. hahahah ok fine ! Sampaikan tikus tu kencing dalam air masak sayaa. Mula mula saya tak sedar dan terminum lah air kencing tikus. . Masa tu kan orientasi, jadi semuanya nak cepat. Nasib baik masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah :)) Sejak daripada tu saya pun cari lah  mana tempat tikus ni masuk. rupa-rupanya memang ada lubang yang besar sangat sangat. hahah tapi sekarang ni saya dah tutup . And saya tengok dah takada lagi tikus masuk. dah selamat ! Pasal roomate pulak lepas je dua minggu tu ada orang masuk. Rupa-rupanya roomate saya akak senior dah tahun dua daripada FSSK. Atleast adalah kawan jugaa . Alhamdulillah akak tu okay sampai sekarang :D itulah ceritaaa kisah hidup saya pada hari pertama ni UKM :)) Pengalaman pahit bagiku !  hahahahaha

Tuesday, October 4, 2016

BESTFRIENDS

       
Gambar Gambar sepanjang  Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

Bismillahirahmanirahim, Hi !

         Gambar kat atas tu semua masa minggu MMM. Tu semua kawan baru, jumpa masa orientasi. Kalau refer gambar yang kotak nombor satu tu kalau yang baju biru dari kiri tu nama dia Nik Nur Adilah Binti Nik Mohd Asari, dia daripada Kelantan. Yang tudung hijau tu mestilah saya.  hahahhaa Kalau yang tudung kelabu tu nama dia Anis Nur Fathin Binti Abdul Malek, dia berasal daripada Negeri Sembilan. Kalau yang hujung tu nama dia Nurhaliza Binti Ahmad, berasal dariada Melaka. Haliza ni dulu sama matrik dengan saya, tapi kita orang tak pernah tegur! Tiba tiba datang sini jadi kawan baik. hahaha Kita orang ni semua sebaya je 19 tahun.Semua daripada Matrikulasi. dua orang daripada Matrik Negeri Sembilan. dua orang lagi daripada Matrik Melaka. Hmmmm Kita orang kat UKM ni semua nya samaa, sama kolej iaitu Kolej Ungku Omar, Blok sama K7A,fakulti sama Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan and ! kos pun samaaaaa, Pentadbiran Perniagaan. Jadual waktu kita orang pun sama! Dan rasa x berkembang sangat, hahahhahaah tapi bersyukur lah dapat kawan macam diaorang. Kita orang selalu belajar sama sama. Buat kerja sama sama. Kemana mana pun sesama. Harap persahabatan kita ni kekal sampai bila bila. Dan setiap kali kita orang naik bas nak pergi kelas mesti kita orang akan sesat dan akan tersadai dekat Kolej keris Mas takpun Kolej Pendeta Zaa'ba. Maklumlah budak first year kan. hahahaha :)) Bakal menjadi kenangan kitaa suatu hari nanti gaiss ;D Cerita untuk anak cucu . hahahah :)

EXPERIENCE!



Hi everyone ! Untuk post kalini saya nak cerita mengenai pengalaman saya dalam melibatkan diri dalam pilihan raya kampus. Dan saya sebagai penyokong Aspirasi. Dalam Gambar tu  masa keputusan pilihan raya kampus dekat Dewan Gemilang UKM. Saya suka join sebab saya suka bila ada cheers dengan ada gendang apa semua tu. Saya join Aspirasi membuatkan saya lebih rapat dengan senior senior dengan felo felo Kolej Ungku Omar. Bukan senang nak bergaul dengan dia orang semua kalau tak join program kolej. Dalam gambar tu cuma ada 7 orang je junior. Yang lain semua senior. Bangga lah jugaa sebab jadi salah seorang daripada junior tu. hahahaha Apa apa pun terima kasih abang abang kakak kakak senior sebab ajak saya untuk join Aspirasi ni. Pengalaman mendewasakan kita !  Thank you :))


CURRICULUM VITAE

CURRICULUM VITAE


Personal Detail

Name : Siti Yusnizah Binti pairan
Place and Date of Birth : Hospital Batu Pahat, 19th January 1997
Sex : Female
Address : No 18, Jalan Wira Jaya 7, Taman Wira Jaya, 86400 Parit Raja,
                 Batu Pahat, Johor.
Status : Single
Telephone number : 0177951405
Email :  sitiyusnizahpairan@gmail.com

Educational Background

Bachelor’s degree

Field of study : Business Administration (Hons)
Major : Finance
University : National University Of Malaysia (UKM)
CGPA : 3.96

Higher Secondary/Matriculation/STPM

Field Of Study : Accounting
College : Malacca Matriculation College.
CGPA : 3.96

Summary Qualification

As a hardworking and dependable individual with strong knowledge and skill on financial and accounting.I am currently searching for a position as a banking. I am able to participate in the betterment of the bank and its client.

Key strength

1.Proficiency in MS office (Words,Powerpoint,excel,access and outlook)
2. Leadership and management skills.
3. Analyzing financial situation.
4. Ability to work under high stress level.

Hi, This is my assignment :)) 

INTRODUCTION






Assalamualaikum :)

      Hi everyone ! Harini saya nak cerita tentang diri saya. Nama diberi Siti Yusnizah Binti Pairan. Saya di lahirkan di Hospital Batu Pahat. Of course lah saya orang Johor kan kalau saya dah lahir di Batu Pahat. Saya lahir pada 19 Januari 1997. Hmmm Muda lagi. Baru 19 tahun. Muka je tua kan. hahahaha its okay :) Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Mestilah anak manja. hahaha Adik beradik saya yang sulung bernama Siti Marlina berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pembantu pentadbir di Jabatan Imigresen sekarang. Yang kedua pulakk nama dia Mohammad Azlan kerja mekanik jee dan baru 26 tahun.Yang sebenarnyaa abang saya kembar tapi disebabkan doktor sendiri taktahu yang ibu saya mengandung kembar jadinyaa yang lagi seorang tak dapat diselamatkan. Yang ketiga bernama Siti Nazurah berumur 23 tahun dan bekerja sebagai Account Executive di Hospital Putra. Dia baru je nak grade bulan 11 ni kat  UKM.Yang keempat mestilah sayaa :)) okay! Kita cerita pasal parents pulakk. Hmm ayah saya bernama Pairan Bin Othman dan bekerja sebagai kontraktor. Ibu saya pulak bernama Zaiton Binti C.Marakat dan surirumah sepenuh masa. yang paling penting saya bukan arab ! hahaha tapi saya keturunan mamak jee. :))
Saya suka tidur dan saya nak jadi pensyarah. hahaha InsyaAllah :)) okay! Sampai sini dulu. lain kali kita sambung. Terima Kasih :D