ANUGERAH KECEMERLANGAN
SESI BERGAMBAR
Hi, rasa banga sangat dengan diri sendiri bila dapat anugerah kecemerlangan tu ! sebab pertama kali kot dapat anugerah macam tu. sebelum ni PMR,SPM semua biasa biasa je. And sangat tak sangka masa dekat matrik boleh perform. masa UPS sem 1 dapat 3.75 and rasa down sangat. and rasa boleh dapat lagi baik. Dan akhirnya semasa final sem 1 dapat 4.00. menangis depan papan maklumat tu juga. sebab terharu sangat. bagitahu parents pun nangis. hahaaha dan sebelum masuk matrik mak ayah sangat tak percaya saya boleh buat sebab saya ni banyak main berbanding kakak saya. jadi saya jadikan kakak saya idola dan nak sangat jadi macam dia. Akhirnya dapat! lepastu Alhamdulillah dapat ikut jejak langkah dia dapat juga masuk UKM. Bukan senang nak masuk UKM. and bersyukurlah ! semua orang cakap matrik susah. pada saya biasa je kalau kita rajin dan sangat sangat jangan tunda kerja waktu di matrik. akan rasa terbeban sangat. dan saya rasa seronok sangat belajar di matrik. setahun yang sangat bermakna buat saya. tambahan pula, kalau di matrik takperlu nak berhutang dengan PTPTN. guna elaun sahaja ! Terima Kasih pensyarah,kawan kawan, ibu bapa sebab selalu support ! :))


No comments:
Post a Comment